Allahyarham Md. Izuddin, 52, disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 1.15 petang akibat strok.
Pada masa itu, bahagian badan sebelah kiri suami kejang dipercayai akibat serangan strok dan selepas disahkan strok, dia terus dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar," katanya di sini hari ini.
Katanya, keadaan suaminya menunjukkan perkembangan baik dan pihak hospital membenarkannya pulang ke rumah semalam namun dia minta ditangguhkan kerana belum membeli kelengkapan suami seperti kerusi roda.
Namun, pada malam tadi dia kelihatan gelisah dan mengadu pening dan muntah kira-kira pukul 8 pagi tadi.
"Dia kemudiannya dibawa ke PMC untuk membuat imbasan otak namun sebaik sahaja selesai proses itu, doktor memaklumkan degupan jantungnya sudah tiada dan disahkan meninggal dunia pada pukul 1.15 petang tadi," jelasnya.
Allahyarham popular dicorong-corong radio dengan taglinenya, Renung-renungkan dan Selamat Beramal sering menjadi sebutan peminatnya.
Sumber
0 Response to "SAYU.. Isteri Allahyarham Prof. Izzi Ceritakan Saat Arwah Menghembuskan Nafas Terakhir..."
Post a Comment